Tuesday, December 22, 2009

it's started

Yeah, comp pun sudah elok, so esok-esok aku nak berblogging.

calo beteh.



Friday, December 11, 2009

Ruang sempit di dalam otakku.

1. Kenapa duit itu cepat habis?

2. Kenapa sukar untuk aku dapatkannya?

3. Kenapa dalam dunia ini tiada benda yang senang dan tiada benda yang susah.

4. Perlukah kita berusaha untuk mencapai sesuatu?

5. Apa pula yang perlu kita capai itu?

6. Haruskah kita mengejarnya?

7. Pentingkah kejayaan itu?

Aku selalu muhasabah diri, sudah banyak contoh di depan mata, jalan yang di tunjukkan itu terlalu banyak cabangnya. Cuma kita harus memilih mana satu jalan yang benar.. The road not taken truly gave me something..

Either love or life, which one come first? judge by urself...

Monday, November 9, 2009

Sehari bercuti

9 November 2009,

Dari pagi aku dah kene bangun, 6 steng kot, pehh..then hantar dik aku g sek, then anta BAPAK aku lak g sekolah, haa dulu apak aku anta aku, sekarang aku yang hantar apak aku g sekolah, hahaha!! memang lah dah bapak aku cikgu lak kan, so hari ni aku actually kene hantar adik ngan omak den g hospital besar seremban, my lowest brother, haha lowest.. hahaha adik aku tu ha ade apoitment ngan dokter gigi. Saje doktor tu nak check gigi die secare free.

Pakai spec bhai, hahahha!! silau lah katekan..

So, satu hari aku jadi driver, nak jage budak kecik ni lagi an. Balik hospital aku terus shoping ngan omak den kek "econsave", tah ape yang save aku pon tak taw. Lepas beli-beli barang dapo tiuuuu terus ke sekolah apak den kek Rombau, NS tu.

Penat memang penat, tapi tanggungjawab tu kono ado..

Balik je rumah baru nak lelap, kene lak amik adik aku yang sekolah tu lak, haish..

Tapi gua tak menggelabah beb, gua ikhlust buat semuanya, gua kan anak yang baik, hahhaha!

Tuesday, November 3, 2009

Idea banyak tools tak ada.

Aku ada banyak cerita hendak dikongsi, macam-macam berlaku dari hari ke hari. Life itu contain too many suka dan duka, hanya disini tempat aku menceritakan segalanya. Cerita itu pula akan menarik dibaca jika jalan ceritanya dihayati. Aku ada banyak story tapi itulahkan gambarnya tiada dong..macam mana hendak gua ceritakan. Jalan ceritanya jadi kurang seronok kalau di baca...

Hmm tunggu lah aku beli phone baru nanti, hajat dihati mahu saja ku beli yang mahal-mahal. Rambang betul mata aku tadi. Eyish!! geram betul... mesti kena beli ni. HAHA!. Kawan-kawan semua nanti bila aku sudah beli camera or phone, akan ku masukkan gambar-gambar life tu. semuanya live tiada yang di tokok tambah ataupun di reka-reka.

Sekian wabillahitaufikwalhidayah, assalamualaikum warrahmatullahiwabarokatuh cikgu!!!.

Wednesday, October 28, 2009

Malam dingin, hilang konsentrasi

Larut malam sudah nampaknya, bisikan syaitan di telinga langsung tiada, inikan pula mereka bergantung di kelopak mata. Angin yang datang sepoi-sepoi bahasa, tegak bulu roma selimut jadi pakaian. Jauh dari meja jauh lagi hendak ku duduk, malas datang.. mood hilang.. badan pula hilang selera untuk bergerak. Aku penat, semalaman aku menimba ilmu, hari ini aku berehat, hari esok siapa yang tahu.

Waktu itu bergerak dengan cepat sekali, hati pula semakin berdebar-debar menanti hari esok. Banyak yang harus ku selesaikan tapi semua itu hilang seperti asap di tiup angin. Jiwa kacau, hati tidak tenteram melihat masa di bazirkan. Hendakku penuhkan masa itu tapi apakan daya, sikap itu lebih kepada kemalasan dari kerajinan.

Buangkan semua itu pada hari esok, mulakan sikap yang baru, penuhkan masa dengan secukupnya, susun semula jadual dan jangan leka dengan keseronokan di dunia.

Sedih, malam itu dibiarkan begitu saja..mana perginya semangat? entah hilang sesat di mana.
..

Monday, October 19, 2009

Bersih itu cara

Memang berkilat kilau rumah aku setelah kawan-kawan sepeningalan pergi. Dieorang semua sudah selesai exam, tinggal lah aku seorang diri di rumah. Habis aku kerjakan rumah ni, barulah mood untuk study itu datang. Tidak sabar aku nak mulakan majlis berlajar ni, hihi.. ahahaa..

Ada orang suka tempat kotor, messy ataupun sepah. Tapi bagi aku tidak, macam mana mahu jadi metroseksual kalau diri ini kotor, ee geli den (iklan cat). Simple itu sudah memadai, baru lah dipuji setiap hari. Walaupun kita ni beli pakaian pasar malam tapi orang tidak boleh menjangka yang kita beli di pasar, haha. Pernah sekali kawan aku :

"Peh, tengok diniy, tiap-tiap hari smart jer, baju nak mahal jer, baju nak top man jer.."

gua tersengeh tanda suka dipuji. lalau seorang lagi dari mereka..

"Peh, tengok skit baju die.. hullamak.." *waktu ini si dia sedang memegang kolar bajuku..

Belum sempat dia tengok jenama, aku dah jerit..

"GIANTTTT!!!" hahahahaha.. semua gelak....

itulah, aku beli baju giant jer dieorang boleh cakap baju topman, rugilah sapa yang beli baju mahal-mahal kat luar sana tu, masuk mesin basuh sama jer warna turun, haha.

So kesimpulannya, jangan lah lupa beli baju rm10 di mana-mana, belilah setiap minggu untuk kelihatan kemas, smart, simple, cantik dan bergaya.

Wednesday, October 14, 2009

Bagi aku.

1.Bagi aku wanita itu cantik paras rupanya bila si dia memakai kaca mata gelap, tetapi bila di buka ataupun ditanggalkannya, maka tahulah kita rupanya hilanglah cantiknya.

2.Bagi aku orang yang suka akan susu ataupun gairah terhadap "Dutchlady" maka sesungguhnya dia akan berak cair-cair macam tahi ayam.

3.Bagi aku lagi, orang yang salah itu tidak boleh memperbetulkan atau mempertikaikan orang lain kerana mereka itu tidak ubah seperti "pondan menegur si pondan yang lain".

4.Bagi aku orang zaman sekarang memakai tali pinggang keledar ataupun "sit belt" hanya kerana takutkan si polis bukannya takut akan mati.

5.Bagi aku hidup dalam keadaan yang susah lebih baik dari hidup dalam keadaan yang senang kerana kita akan mudah alpa dan membazir.

6.Bagi aku, naik kereta itu lebih selamat dari menunggag motosikal kerana bak pepatah kawan aku "basah di luar kering didalam" hangin lak aku yang menaiki motosikal ni dengar.

7.Bagi aku ada betulnya apa yang aku cakapkan di num6 kerana kalau beli motosikal mahal mana pun,rxz? 12pai? tzm? suzuki jet? kau tetap akan kena hujan, kasut kau tetap akan basah dan badan kau tetap akan sejuk, lalu aku yang pada masa itu hanya menaiki Datsun tergelak-gelak melihat mereka diluar. ahaha

6.Rossi pon aku rasa naik kereta kalau pergi mana-mana.

Adakalanya aku akan terfikir akan semua itu, tapi adakah ianya benar? itu cuma hanya beberapa pendapat...

Wednesday, October 7, 2009

Kesibukkan harian penuh dengan dugaan.

Sejak kebelakangan nie, aku jarang buka tab blog aku kalau aku online. Masa semakin suntuk, final sudah kedengaran, duit pula semakin kekurangan, tidak ketinggalan juga kesibukkan di siang dan malam hari. Setiap hari ada saja yang berlaku sampai pening kepala aku memikirkan, ada masanya kita happy, ada masanya kita perlu serius. Aku serius kali ni, tiada main-main bagi diri aku, sampaikan main bola di petang haripun tidak dapat aku laksanakan. Hurmm..

Kalau boleh aku ingin senang setiap hari, tiada masalah, tiada dugaan, tiada pancaroba mahupun pancaran sinar laser altromen. ???... Aku sudah bosan begini, setiap hari benda yang sama, tapi apakan daya..jika masa untuk bersuka ria itu boleh jugalah ku ubah, tapi bab tang makan-makan nie, memang den tak leh nak ubah. Hari-hari nasik lemak bertutup telor mata kerbau, RM1.80 sahaja bertemankan ais kosong yang dipenuhi air kosong. Manalah aku mampu nak makan ayam kali ini, hutang keliling batang..

Makin hari aku mula runsing dengan kepelbagaian yang telah berlaku, terlalu banyak urusan, terlalu banyak masa bermain, bagaimana boleh aku satukan semua ini? mustahil.. Sebelum aku chow, aku nak kemukakan satu soalan, bagaimanakah peribahasa "mulut masin" itu datang? Akan aku terangkan pada penulisan yang seterusnya nanti.

Maaf, aku sibuk dengan pelbagai urusan sehingga aku lupa bahawasanya aku memiliki sebuah blog.

Thursday, September 24, 2009

Happy Birthday

22 September 2009 [Raya ke-2]

Time ni still kt kampung lagi, so tak pat update that time, today I maw wish sama U, Happy Birthday. As usual bila jumpe gua jer mesti gua curah-curah kan masalah gua dulu kat dia, lepas tu gua bagi ceramah pulak kat si dia ni, sian dia. Tapi tulah orang eh yang buat gua always semangat, thanks yea. wink* wink*. Ermm dan tidak lupa juga bile gua susah tulah orang yang gua carik, tulah orang yang gua susahkan.HAHA. Sorry for everything and Happy Birthday again. Gua suka sama lu awek cun! Erm kad raya awak tu, trimas yea, comel je.

lalalalaa... :)

Nak cakap lobih-lobih kang mak den baco blog den ni, habis den, tehehehehe..

Wednesday, September 23, 2009

Haha, raya datang lagi

SELAMAT HARI RAYA YANG KE-3

Yeah akhirnya, selesai sudah gua beraya di kampung tersolok, peh! memang sodap jumpo sanak saudara, ini tahun den polik, den ingat sedaro den biaso-biaso jo, sekali bolah omak den nyo sepupu datang rumah nenek den, woa..ade gak yang cun..alhamdulillah...

Gua balik malam raya memang sesak nak mampus, lame tul nak sampai perak, memang melekat-lekat keta kt highway, belum ynag melekat bawah lori lagi kan, macam-macam boto. Gua balik relax jer lah kan, stylo mylo beb. Den balik pakai songkok, ko jangan main-main..ha....


segak bai

Pagi raya bese lah kan gua semayang ngan abg gua beserta ayah, pagi tu sampai majid awal bona.. Orang lum ngaji-ngaji yang bang raya tu. Lepas semayang jer gua siap-siap cabut dengar kutbah kt kereta pastu den jadi model jap, tehehehehe...

ni hang mano nie?..

Raya kedua gua balik rumah mak lang gua kek kulim, kedah.. Kampung gak, tapi seronok bukan main jang, pueh den tengok burung dio bolo.. Sumo binatang lah ado, burung ado, arnab ado, ayam ado, ikan ado, pepatung ado, itik ado, angso ado.. Buayo jo dieorg tak bolo dalam kolam depan rumah dieorang.

ha.. takkan patah do kayu tu, jangan lah kau risau..

Tapi ape-ape pun raya kali ni memang best main mocun, dah cam sambut merdeka kek depan rumah nenek gua, Gedeboomm..gebabibom..

Sian opah den nak tido pon tak sonang!!!

Saturday, September 19, 2009

Esok Buleh Makan, HELL YEAH!!

Den raso copek bona den ucapkan slamat hari rayo nie, hmm... Malam tadi den ngn memba-memba den main mariam tin, ingat nak bagi tin tu molambung sampai kono bulan, pastu bilo bulan tu dah jatuh skit, aaa..tawu la deh, esok rayo lah tu makno eh.. Semalam mariam ok la, 50-50 tak seratus persen lagi, bunyi base jer kuek buek maso nie. Tapi den nak main laie malam nie tapi den balik kampung tapi den nak, tapi tak leh nak buek apo..

Sekarang tingga lagi bapo jam yo nak rayo, rayo nie jangan di count-count pulak yo, malam kang tido yolah bangun sok dah rayo dah tu, tuksah duk nunggu sampai kul 12am pastu nak baka-baka lomang lah, baka mocun la... Jap laie kang den nak balik perak kampung mak den, lotih tak lotih jugak lah kan, sampai sano memang den mati lah sobab rumah atuk den takdo syiling ritu maso balik, line maxis "O", line celcom 1 2 bar camtula.

So kepado kawan-kawan den, den tak nak mintak maap lagi, kang kot den mintak maap kang den buek jahat lagi ngan korang an? So bialah banyak dulu doso den ngan korang pastu dah sakit + uzur kang den sorry lah kt korang. Dengan kesempatan ini den nak ucapkan "Mat Gayo" lah keyh, kang nak mesej pagi-pagi rayo kek korang tak buleh, sano line memang jem la. SORRY.

Sobolom den buek penutup post den kali ni, den ado pantun ha;

kampung ekau solok nak mampuih,
Lomang kek sano tak sodap-sodap,
Kalau tuan rumahnya besar,
teke bosa mano rumah den?

Hah??? silap.

Correction >

kampung ekau solok nak mampuih,
Lomang kek sano leh tahan la,
Kalau rumah ekau bosa,
Rayo kang jangan lupo buek open haouse.

K, den nak balik kampong nie, Calo beteh, Assalamualaikum!!!
!

Thursday, September 17, 2009

Packing, runner to seremban

Kat lua dah guruh-guruh, goyang pulak gua, tapi pape pun perjalanan perlu diteruskan, rasa sedih pula nak tinggalkan bilik gua ni buat sementara waktu, gua packing-packing barang tunggu abang gua datang, pastu sumbat barang then blah, so bersempena hari raya ni gua nak ucapkan;

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN

Doakan gua ye, kat lua tu guruh kuat jang, kompem den kono hujannyo jap g, aduh aduh aduh~

Tuesday, September 15, 2009

Duit raya lepas raya.

Sebelum itu bagi gua gelak dulu, ho ho ha ha ha... Sedap berbaur lega betul hati gua selepas meeting bersama pihak mara tadi, SODAP! SODAP! hahaha, lepas raya duit masuk. So banyak bende gua nak beli nie, 1st gua nak solosaikan hutang gua, naik sakit den nunggu duit mara ni..
Akhirnya..jeng jeng jeng...

mara is coming.......................................

Yea, cepat lah dikau wahai mara, gua disini sudah lama menunggu kepulangan mu di poket ku. Ingat nak setelkan cepat moto aku tu, :) lopeh tu nak boli laptop baru, tehehehehe..

Selamat berpuasa lagi 6 ke 5 hari, ingat menunggu itu membuahkan hasil, hahahaha.. yuhuuu..

Monday, September 14, 2009

Yang pasti ianya tidak benar sama sekali.

Betullah cakap orang tua-tua, tak baik tidur lepas subuh, tak baik tidur waktu petang, tapi gua sental jugak. Mimpi macam-macam gua mimpi, sampai sengal-sengal badan dah ha. Ini hari gua mimpi bunuh orang.

tekejut gua

Ini bulan a, bulan puasa.. Cammana itu syaitan boleh kacau wa punya tidur? gua banyak kentut kah? hmm..

BILA

Ini semua tentang bila;

Bila lihat langit rasa tenang,
Bila lihat bintang rasa mahu kira,
Bila lihat matahari dipagi hari dapat vitamin D,
Bila lalu sebelah pohon atau pokok rasa sejuk,
Bila berak cair rasa perit,
Bila kena marah rasa bengang,
Bila tidur kita mimpi,
Bila makan Burger sedap sekali,
Bila lepas makan Burger ku buka peti,
Bila kulihat air tiada, CELAKA!!!

Airrr......!!!!

Sunday, September 13, 2009

Bersantap dengan seleranya.

Bulan puasa memang wajib orang ke gerai makan untuk berbuka, senang.. tak payah nak masak-masak kan? Samalah macam gua harini, err..bukan harini saja, memang tiap-tiap hari. Selalu gua beli juadah dekat foodcourt jer tapi ini hari gua lambat gara-gara menonton series di kaca laptop. Terlalai sehingga 7pm, "waduh..sudah lambat gamaknya ni..haish.."

Gua sampai jer orang dah ramai beratur, gua runsing.. apakan inesetif lain? *boto ko den ejo ni? Lalu gua ke kedai makan, bungkus sajalah disana. Sampai saja gua memang dah lambat, orang ramai, nasib baik gua dapat meja kalau tak, gua rasa gua tunggu nasi paprik gua kt moto jelah. "Bungkus nasi ngan ayam masak merah ye kak, ayam tu..saya maw ayam saja, sayur-sayur tak maw...kekekekeke..." kire paprik lah tu kan? lama jugak gua tunggu.

Selang 10 minit..AZAN berkumandang di kaca tv kt kedai tu, gua masih menunggu nasi, lamenyee...semua orang sudah mula meneguk minuman mereka, gua tak order air pun, nasi saja. Menjelang AZAN habis, gua tengok budak gemuk kt meje depan gerai sebelah dah isap rokok dah, biasanya orang akan mengepam racun itu selepas makan. Bapak cepat gile die makan!! start AZAN die kunyah, habis AZAN die pun dah habis makan. Patut lah gemuk..., bisik hati gua. Mak cik meja depan gua makan nasi lemak bungkus jer, gua pelik..datang kedai makan, nak makan nasi lemak bungkus atas meje tu je ke? Lepas tu tiba-tiba laki die ngamuk marah-marah kat pelayan kedai tu.. Rupa-rupanya, mee bandung tak siap lagi patutlah.... perut gua boleh tahan lagi, tapi perut orang tua tu siapa yang tahu, kah kah kah... saba pak cik.

Orang sebelah meja makan gua lak memang romantis betul, dua pasang kekasih, tetapi yang makan hanya si laki, si perempuan minum air saja, kemudian pandang saja si laki menghembuskan asap rokok.

Macam-macam ini hari, gua dapat nasi, gua balik, gua tayang kt semua. Ni lauk SODAP den harini....

Friday, September 11, 2009

STUCK, error

Badan aku hangin dari malam semalam, nak online asik tak dapat jer, line asik mati jer kt sini, dah berape kali aku try masuk internet, tap tup tap "connection failed", time aku tak nak on tengok member-member aku masuk relax jer sedap jer dieorang, time aku open comp, dah buat hal satu uniten tak de line, time-time tu la pulak, buat aku hangin lak.

Tapi pada hari ni, haha..rumah aku ada master yang power-power belaka, hahaha... senang-senang saje aku dapat line pasni,laju lak tu, memang sedaplah kan, macam mana caranya? pergi lah tanye Uncle-G (google).

tata. hahahaha..

Wednesday, September 9, 2009

Seharian di keheningan malam.

Angin sepoi-sepoi masuk ke dalam bilik aku, kertas bersepah-sepat, komputer riba ni pula sudah dekat setengah hari berjaga, kasihan dia.. Kulihat tingkap langsir beterbangan di tiup angin, sejuk tulang kaki, kipas pula sentiasa di angka 5. Almari seperti biasa sentiasa terbuka kerana cermin itu penting. Mata pula menahan ngantuk,katil pula bersepah dengan baju-baju berlonggok, sampah tiada bersih seperti sedia kala. Badan semakin membongkok menghadap komputer, lampu pula sentiasa oren..bagaikan lampu jalanan. Kadang kala aku pelik juga, bilik orang lain semua lampu warna putih, nyalaan yang baik, tetapi bilik aku lampu oren??

Wahai assigment, kalau bukan kerana kau sudah lama aku melelapkan mataku ini, sudah lama aku dibuai mimpi, mimpi-mimpi indah makan di siang hari..alangkah seronoknya tidur itu, walaupun aku menahan mataku ini tapi rasa mahu ke kamar itu sentiasa ada. Aku perlu tahan juga, alang-alang menyeluk poket biar sampai jumpa syiling. Jika aku tidur sudah pasti aku terlena sehingga jam 2 petang. Rasa takut pula dihati lalu bejagalah aku...

Selamat bersahur semua, sahaja aku berpuasa esok hari kerana Allah Taala. Aminn..

Tuesday, September 8, 2009

New Project : Bukit Melawati

Tempat: Bukit Melawati
Sebab: Projek untuk subjek Malaysian Studies

Tanggal 5 september hri sabtu yang lepas gua telah ke Bukit Melawati di Kuala Selangor, seronok jugak la tengok bende-bende bersejarah ni, letih lagilah kan..kene lak bulan puasa, pehh! mendapat... So from begining gua gerak dengan rakan-rakan dari uniten, jauh gak la.. member gua driver time tu gua duk belakang jer, cadang tak nak tidur lah kan..pastu boleh ingat jalan then bleh bawak awek ke family ke for the second time. Sekali gua tumpas jugak..aduhh.. memang lah dah gua duduk tengah kat belakang, econ memang gua punya lah kan. HAHA

Sampai jer gua amik video, rakam-rakam macam-macam. Ingat kereta boleh bawak naik atas hari sabtu, sekali haa kene naik train la pulak, memang sodap keluar RM2.00 sorang. Sampai ats jer gua cari muzium dulu nak jumper satu brader ni, kononnye die orang lama lah kat situ boleh temubual kan, sekali wa jumpe die, pehh! dress up dah cam pekebun muzium tu pulak. Nak tak nak jalan saja untuk projek gua kali ni. Badan die bapak gajah, hitam-hitam sikit orangnya, kulit sedikit minyak, terdapat juga sedikit-dikit daki. Mukanya juga sedikit masam kalau dilihat, bukan rupa yang masam tetapi cam masam lah tengok, masam bau. HAHA

abang rakam-rakam

Selesai sesi temubual, gua dengan rakan-rakan pusing satu bukit tu, gua pandang kiri monyet, gua pandang kanan monyet, atas pon monyet, jalan turun bawah sikit jumpe lagi dengan monyet, memang merata lah monyet. Sape yang perangai cam monyet Bukit Melawati adalah tempat anda. Pastu gua tengok satu rumah nie, besa gile, tinggi 83 meter kot.Rumah ape lagi, rumah api laa.. istana pon tak sampai 83 meter aku rase. Jalan-jalan, pusing-pusing, rakam-rakam, sekali ade amoi seksi-seksi ngan rakan-rakan die, mengedik-gedik di tengah panas, gua pon ape lagi kan.. buat tak taw jelah..haha nak lak amoi tu kat aku..apelah.

Rumah api

Dah loteh tawaf Bukit tu cepat-ceat kiteorang blah, dah nak buke kot, jalan mesti jem punya. Balik singgah ampang kasi makan time buka lopeh tu solosai kojo den.

Gua camereman la pulak hari tu kan, style oo gua, dah cam foreginer muke malaysia dah gua.

Saturday, September 5, 2009

Berfikir sejenak.

Setiap orang mempunyai masalah, tidak kiralah susah ataupun mudah masalah itu. Setiap masalah itu pula hendaklah di selesaikan, maka berfikirlah mereka akan caranya. Berfikir itu adalah penting, tidak kira di mana kita berada, setiap saat, setiap detik, pelbagai pertanyaan akan timbul di buah fikiran. Bagi aku setiap apa yang kita lakukan pasti ada akibatnya, jika kita bersikap langgar maka kesusahan itu akan datang. Tapi bila kita berfikir, ianya akan menjadi lebih mudah.

Contohnya, aku selalu berfikir.. berapa jam masa tidur yang sesuai bagi diri aku? Sejak kebelakang ini aku selalu tidur lambat, makin hari makin banyak kelas yang tidak aku hadiri. Jadi aku jadi kan 6 jam itu masa yang sesuai untuk tidur pada waktu malam. Aku suka berfikir, bila kita berfikir kita akan pasang niat dalam diri, jika baik dapat lah kita pahala jika tidak tahu sajalah apa akibatnya. Aku boleh berfikir ketika belajar tetapi tidak pula ketika di ajar. Bila aku berfikir tentang bahagian ini aku akan tertinggal bahagian yang lain, maka aku perlu cepat mengejar apa yang di ajarkan.

Dari situ bermulalah konsep mengingat, bila pulang baru aku berfikir. Tetapi bagi pelajar bijak, mereka merubah situasi itu dengan bertanya, maka selesailah persoalan di fikiran mereka. Ada benarnya peribahasa orang-orang tua dulu, "malu bertanya sesat jalan". Dari berfikir kita akan bertanya pula, barulah sesuatu itu dapat diselesaikan. Tetapi zaman sekarang ramai orang ambil acuh tak acuh walaupun mereka tahu akan akibat sesuatu itu, sedangkan mereka telah berfikir dahulu mana yang baik mana yang buruk. Mereka tidak lari seperti "Memakai seluar dalam buat kali ke dua". Walaupun sudah busuk tetapi di sarungnya juga. Hmm.

Jangan pilih jalan yang mudah, mulai sesuatu itu dengan berfikir.